Home Top Ad

}

Kuala Lumpur: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan kelmarin, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai ‘Sofea Hana’ yang...

SOFEA HANA SERANG LAMAN WEB KERAJAAN

Kuala Lumpur: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan kelmarin, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai ‘Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda antikerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.
Penggodam yang juga dikatakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zoro (PZ).
Menurut PZ, Sofea menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.

“Dalam kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen antikerajaan yang kuat. Justeru, dia meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, lebih membimbangkan hampir semua laman agensi kerajaan amat mudah diceroboh memandangkan sistem keselamatan longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan sama oleh pentadbir laman kerajaan.

0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .