Terkini,
seorang unit keamanan Malaysia dipenggal kepala oleh penganas Sulu.
Menurut sumber yang berada di Bandar Semporna,Seorang pegawai dan empat
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap
oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul,
Semporna, Sabah, Sabtu.
Insiden di lokasi tersebut telah mengorbankan 5 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka
telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap
sekumpulan lelaki bersenjata api.
Tiba ditempat kejadian, Anggota polis
itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan
mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak
tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan
mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan dan berakhir
dengan kepalanya dipenggal.
Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu
ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis
mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .