Home Top Ad

}

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Pejuang Moro National Liberation Front (MNLF) akan menyertai militan Islam Filipina melawan pihak keselamatan Mal...

MNLF dilatih Malaysia sertai pejuang Kiram, kata akhbar Filipina





KUALA LUMPUR, 5 Mac — Pejuang Moro National Liberation Front (MNLF) akan menyertai militan Islam Filipina melawan pihak keselamatan Malaysia di Sabah, lapor akhbar Filipina, Manila Bulletin hari ini.

Akhbar tersebut melaporkan, Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu, mengatakan MNLF mempunyai senjata tersembunyi di dalam Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.

Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan melalui Malaysia, kata Acmad kepada akhbar tersebut.

Acmad dilaporkan tinggal di Sabah selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas presiden Filipina pada ketika itu, Fidel V Ramos.

Bekas pemimpin militan itu memberitahu akhbar ramai komander  pemberontak lama dan ahli mereka telah memilih untuk menetap di Sabah.

Kebanyakan mereka adalah dari Sulu, Tawi-Tawi dan semenanjung Zamboanga di selatan Filipina, katanya, sambil menambah orang-orang MNLF termasuk dari Maguindanao, Irano dan Maranao.

Acmad memberitahu, salah seorang komander kanan yang dilatih Malaysia menghubunginya beberapa hari lalu, memberitahu beliau sedang menyenaraikan pahlawan Tausug dan lain-lain untuk menyokong pengikut Agbimuddin Kiram dan keturunan kesultanan Sulu yang mendakwa memiliki Sabah.

“Saya cuba menghubunginya semalam melalui telefon tetapi tidak dapat lagi.
“Saya fikir beliau gagal untuk menembusi sempadan laut Malaysia dan Filipina,” Acmad dilaporkan berkata.

0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .