Home Top Ad

}

Apakah tulisan saya hentam kromo yang diambil dari Facebook atau blog? Jika benar ianya fitnah kenapa yang terkena kritik t...

SULTAN WAJAR MENERIMA KRITIKKAN RAKYAT???

Apakah tulisan saya hentam kromo yang diambil dari Facebook atau blog? Jika benar ianya fitnah kenapa yang terkena kritik tidak ambil tindakan untuk mengheret saya ke mahkamah dan buktikan apa yang saya tulis dengan niat jahat semata-mata hendak memalukan kerabat di Raja? Kenapa polis tidak menyiasat kerabat di Raja Johor yang di tuduh oleh Kamal Hisham mengugut untuk membunuh. Apakah kita terlupa ada mahkamah untuk membicarakan Raja kerana mereka sudah tidak lagi mempunyai imuniti?
Semasa buku saya dirampas ada seorang penulis di satu meja lain yang mendapat izin dari Dato’ Rauf, Setiausaha Kerja UMNO, menjual buku menghentam saudara Anwar Ibrahim dibiarkan macam itu saja. Bila saya tanya kenapa buku saya sahaja diangkat? Apakah dalam buku tersebut tidak ada unsur fitnah dan hasutan terhadap kerajaan Pakatan. Polis beritahu saya mereka terpaksa menjalankan tugas. “Ini tidak adil!” kata saya. Apakah polis menjadi perkakas UMNO dan berat sebelah seperti dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan?
Saya mendapat tahu mereka mendapat arahan dari atas. Atas mana? Apakah ada arahan kerajaan atas langit macam kerajaan atas langit macam Ayah Pin ke? Betul ke saya ditahan atas arahan dari Sultan Ibrahim? Yang pasti tentu bukan arahan Tuhan selaku pejuang hak asasi manusia. Ini menjadikan saya tambah berani kerana saya tahu hak saya sebagai rakyat yang hidup dalam negara demokrasi; ‘government of the people, by the people, for the people’. Saya hanya takut pada Allah. Ingat senang ke nak tangkap orang? Tangkap ayam pun susah tau; pernah tengok katun Dato Lat? Takut ayam terlepas, tangan bau tahi apa lagi jika tahi ayam  candu.
Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Perak adalah public figure, patut mereka boleh menerima di “kritik’. Kenapa takut rahsia di sebalik tembok istana di dedahkan ke? Saya berani kerana benar. Kebetulan pada 22.12.2012, saya akan adakan perkongsian ilmu macam mana jadi berani kerana benar. Bukan berani rampas, samun hak orang kerana ada kuasa dan berada di atas undang-undang. Hendak jadi berani macam saya ikut serta jadi peserta berani di University of Life.
Apakah mereka yang mahu mempersoalkan motif saya sudah baca buku Setan, Syaitan, Sultan? Cuba tanya pendapat mereka yang sudah baca? Apa punya ahli politik kasut yang berharga ratusan ringgit ada berpuluh pasang, hendak beli buku yang boleh mengeluarkan mereka dari kesesatan bakhil!

0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .