Home Top Ad

}

As-Salam. Anda mungkin tidak berminat dengan  Adsense , kerana nilai yang dibayar oleh  Adsense  adalah terlalu kecik walaupun dalam U...

Ada dua cara sebenarnya untuk anda meletakkan kod Adsense di dalam blog


Buat Duit Dengan Adsense di Dalam Blog


As-Salam.
Anda mungkin tidak berminat dengan Adsense, kerana nilai yang dibayar oleh Adsense adalah terlalu kecik walaupun dalam USD. Tetapi, buat blog yang punyai kandungan yang original, yang bukan copy-paste, yang punyai trafik agak baik, bolehlah mencuba meletakkan iklan ini. Lagipun, Adsense tak terlalu cerewet jika anda ingin meletakkan iklan lain seperti Nuffnang atau Advertlets di dalam blog. Begitu juga sebaliknya, kerana Adsense merupakan syarikat pengiklanan global dan bukannya bersifat tempatan, yang mungkin memberikan persaingan ketara.



Ada dua cara sebenarnya untuk anda meletakkan kod Adsense di dalam blog. HH akan berikan panduan yang paling mudah, yang dah tersedia buat semua blogger yang menggunakan platform blogger.com atau blogspot.

Mungkin ada blogger yang tidak tahu, walaupun blog mereka berbahasa Malaysia, ia sebenarnya bukan penghalang untuk anda membuka akaun Google Adsense. Dipermudahkan cerita, apabila anda dah setup blog anda, dan telahpun membuat beberapa entri - kalau boleh biar lebih daripada 50 entri yang berkualiti - maksudnya entri original, bukan copy-paste, yang sarat dengan teks ... tetapi punyai tajuk yang berentiti - contohnya entri - tajuk: Basikalku, cerita pasal basikal anda waktu kecil, waktu besar, jenis basikal dan sebagainya.

Dah ada entri yang dah cukup banyak dan mantap, maka anda buka setting blog anda, dan tukar bahasa (language) blog anda ke bahasa Inggeris (English), jangan lak letak tamil .... Espanyol ke ... letak English yer.

Dan secara automatiknya, akan wujud satu widget baru - Adsense yang boleh anda tambah ke dalam blog anda.


Jika sebelum ini tiada akaun dengan Google Adsense, anda akan dikehendaki mendaftar. Letak semua butiran yang perlu dengan lengkap. Pastikan negara, poskod adalah betul.

Seandainya anda dah daftar, maka hanya tambah sahaja widget Adsense yang telah tersedia. Pilih saiz yang sesuai, anda boleh pilih dan tukar ikut kesesuaian dengan blog anda. Ok, siap. Mudah kan?
Buat Duit Dengan Adsense Menerusi Blog

Iklan akan keluar berdasarkan keyword yang ada dalam kandungan blog anda. Contohnya macam tadi, HH kata pasal entri basikal, maka iklan Adsense akan keluar tentang basikal, seperti 'Kedai Basikal Ah Chong', 'Beli Buku Tentang Basikal' atau mungkin 'Gambar Basikal' dan macam-macam lagi.

Boleh tengok contoh iklan seperti dalam blog HH ini. Tengok kat bahagian atas dan tepi - ads by Google.

Selamat mencuba.

*p.s: Nanti HH akan ceritakan satu lagi cara letak iklan Adsense ini. Kali ini secara manual.


0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .