Cili Pedas

Home Top Ad

}

Lokasi kejadian EMPAT lelaki maut dan seorang lagi patah kaki kiri selepas dirempuh kereta Vios, ketika melepak di kawasan parkir Pu...

Lokasi kejadian

EMPAT lelaki maut dan seorang lagi patah kaki kiri selepas dirempuh kereta Vios, ketika melepak di kawasan parkir Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun, Tawau, hari ini, menurut polis.
Dalam kejadian 1.15 pagi itu, kereta dipandu wanita berusia 34 tahun itu turut melanggar Toyota Hiace serta dua kereta iaitu Perodua Bezza dan Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian wanita terbabit yang memandu dalam keadaan mabuk dan gagal mengawal keretanya sehingga terbabas yang turut cedera dalam kejadian itu.
"Kemalangan ini dipercayai berlaku ketika kereta dipandu wanita itu dalam perjalanan dari Bandar Tawau hendak ke Jalan Tiku, namun apabila sampai di Jalan Chong Thien Vun iaitu selepas bulatan Kubota, Vios tersebut hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan seterusnya melanggar tiga kenderaan lain serta beberapa orang yang sedang melepak," katanya dalam kenyataan di Tawau, hari ini.
Fadil berkata, empat mangsa maut dikenali sebagai Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21; Dicson Lim Kien Shing, 16; dan Chong Wei Chan,21 manakala mangsa patah kaki ialah Chin Guan Xiong, 21.
Beliau berkata, semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat manakala dua yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Julai 2018 @ 10:45 AM
https://www.hmetro.com.my

Pengeluar kilang gula meningkatkan harga borong gula halus dengan harga baru, RM600 per tan, dari RM1,900 per tan kepada RM2,500 per tan. ...


Pengeluar kilang gula meningkatkan harga borong gula halus dengan harga baru, RM600 per tan, dari RM1,900 per tan kepada RM2,500 per tan.


Ini sekaligus meningkatkan kebimbangan rakyat bahawa harga produk berasaskan gula dijangka akan turut meningkat.

Punca kejadian yang menyebabkan perempuan kurang siuman itu naik minyak menyerang dan menikam kapten bas Rapid di Relau, Pulau Pinang tida...

Punca kejadian yang menyebabkan perempuan kurang siuman itu naik minyak menyerang dan menikam kapten bas Rapid di Relau, Pulau Pinang tidaklah diketahui lagi.

Kecederaan yang dialami kapten bas Rapid berkenaan agak parah juga.

Tidak ada kena mengena dengan kenaikan RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter sehingga perempaun itu mengamuk.

SUMBER *Thank*

Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan...

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik
(ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu
digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.
Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari.
Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.
"Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang," katanya.
Dalam kejadian pertama pada 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang.
Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu adalah sebanyak 27 keping.
"Mengesyaki sesuatu yang pelik pihak pengurus telah menghubungi polis dan hasil siasatan mendapati tiada kesan mesin tersebut diumpil," menurut sumber polis itu.
Katanya rakaman kamera litar tertutup di ATM itu mendapati terdapat tiga suspek berbangsa Amerika Latin, berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, membuat pengeluaran berkenaan. Jumlah wang dikeluarkan mereka ialah RM265,000.
Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Yahya berkata modus operandi yang sama dilakukan di bank berkenaan di USJ Subang Jaya oleh dua suspek lelaki berbangsa Amerika Latin dengan membuat pengeluaran 137 kali secara bergilir-gilir pada 5.30 petang semalam.
Katanya, pihak pengurusan bank mengesyaki kehilangan wang itu ketika memeriksa wang ATM tersebut dan polis percaya sindiket berkenaan menggunakan kad sim telefon dan sistem teknologi tinggi untuk menggodam mesin ATM itu bagi mengeluarkan wang.
Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup bank terbabit.
Jenayah pengklonan kad ATM di negara ini berlaku ketika kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad.
Jenayah itu berjaya dihapuskan setelah Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM dan kad kredit kepada setiap bank pada 2003.

SUMBER / Buletin utama TV3 28/09/2014 .. Hehe

Edward Snowden Edward Snowden merupakan seorang pakar computer berasal dari AS.Edward pernah bekerja dengan Agensi Keselamatan Kebangs...


Edward Snowden
Edward Snowden merupakan seorang pakar computer berasal dari AS.Edward pernah bekerja dengan Agensi Keselamatan Kebangsaan(NSA) AS sebagai seorang kontraktor teknikal dan juga pernah bekerja di Central Intelligent Agency(CIA) sebagai Pentadbir Sistem.Tiga bulan permulaan kerjanya di NSA,dia telah memulakan aktiviti mengumpul atau mencuri secara diam data-data perisikan AS yang sangat sulit.Tidak lama selepas itu,dia berhijrah ke China secara senyap seterusnya mendedahkan data-data sulit yang diambil tersebut.

Ingatlah, derma dari seorang yang sikit harta lebih besar ganjarannya dari derma individu yang besar hartanya.

Ingatlah, derma dari seorang yang sikit harta lebih besar ganjarannya dari derma individu yang besar hartanya.

KUALA LUMPUR : Sering kita lihat pelbagai produk dipromosi dan dijual di laman susur masa Facebook kita. Ada yang memasar...

KUALA LUMPUR: Sering kita lihat pelbagai produk dipromosi dan dijual di laman susur masa Facebook kita. Ada yang memasarkannya melalui foto bersama info, pautan, status, album, video dan lain-lain lagi.

Namun persoalannya, cara pemasaran produk yang manakah paling efektif dan sering digunakan untuk dimuat naik di laman Facebook.

Menurut kajian yang dibuat oleh socialbakers.com, pemasaran yang paling berkesan dan popular dimuat naik di laman Facebook adalah melalui muat naik foto, iaitu sebanyak 75 %.

Kajian ini dilakukan untuk bulan Mac kelmarin.

Ini mungkin kerana pendekatan ini memudahkan pengguna Facebook lebih memahami maklumat pada foto yang ingin disampaikan oleh penjual.

Manakala, muat naik melalui pautan sebanyak 10 %, 6 % untuk status, album dan video masing-masing sebanyak 4 % dan 1% untuk yang lain-lain.

Setakat ini, 30, 000 jenama telah dipasarkan di Facebook daripada 1.3 juta post.

Sementara itu, pengguna Facebook semakin meningkat daripada 1 juta pada tahun 2004 sehingga 1.23 bilion pada akhir tahun 2013.

Facebook