Home Top Ad

}

Ditahan ketika curi kereta mewah guna alat kawalan jauh ...

Ditahan Ketika Curi Kereta Mewah Guna Alat Kawalan Jauh

Ditahan ketika curi kereta mewah guna alat kawalan jauh

Ditahan ketika curi kereta mewah guna alat kawalan jauh
Wan Abdul Bari (dua, kanan) menunjukkan alat kawalan jauh yang dicipta suspek untuk mencuri kereta mewah.
KUALA LUMPUR - Taktik dua lelaki yang menggunakan alat kawalan jauh untuk mencuri kereta mewah tumpas selepas polis berjaya menahan mereka di kawasan pusat membeli-belah Mid Valley, 25 Mei lalu.

Dua lelaki berusia 24 dan 32 tahun ditahan kira-kira jam 7.45 malam bersama pelbagai peralatan mencuri kereta dan nombor pendaftaran palsu.

Alat tersebut digunakan bagi mengelakkan kenderaan yang dicuri berbunyi dan memudahkan kerja suspek untuk menyamun.

Mereka dipercayai menggunakan cip yang direka sendiri untuk memastikan alat penggera kenderaan tidak berbunyi dan mereka akan menggunakan besi untuk mencungkil pintu kereta disamun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan terlibat dengan lapan kes curi kenderaan mewah di Brickfields dan Lembah Klang.

“Seorang lagi suspek yang berasal dari Semenyih bekerja sebagai mekanik di Negeri Sembilan dan tidak mempunyai rekod jenayah.

“Dipercayai kedua-dua mereka ini ahli kumpulan Ah Piow dan kita masih mencari ahlinya yang dikenali sebagai Ah Hong,” katanya pada sidang media di Ibu Polis Daerah Brickfields di sini, semalam.

Wan Abdul Bari berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, modus operandi mereka ini melalui pemerhatian di kawasan perumahan elit, pusat membeli-belah dan tertumpu kepada kenderaan mewah bergantung kepada permintaan pelanggan.

“Hasil pemeriksaan, kita berjaya merampas 23 barangan untuk mencuri dan nilainya dianggarkan RM80,000,” katanya.

0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .