Akhirnya setelah isu dakwaan konon beliau ada menerima wang sogokan ketika mengendalikan kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dekat Johor di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dimenangi Singapura terus menerus digembar gembur, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersuara.
Isnin beliau mengeluarkan kenyataan empat perenggan mencabar Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli untuk memeriksa akaun bank di mana-mana negara, kononnya beliau menerima wang sogokan berkenaan.
Katanya beliau sedia memberi surat kuasa kepada Ahli Parlimen Pandan itu untuk membolehkannya membuat pemeriksaan itu.
Beliau turut menjemput Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR, ke pejabatnya pada bila-bila masa bagi mendapatkan surat kuasa jika mahu memeriksa akaun bank atau mana-mana institusi kewangan di mana-mana negara.
"Saya juga menafikan dengan keras dakwaan yang disebarkan ke atas saya sejak sebulan yang lalu, dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak berasas sama sekali ke atas saya," tegas beliau.
Portal berita MalaysianInsider hari ini melaporkan Rafizi sebagai berkata PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat dakwaan salah laku Abdul Gani yang didedahkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.
MalaysianInsider pada 26 Nov lepas melaporkan dakwaan Mat Zain bahawa wujudnya sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih pada 2007.
Pendedahan itu dilakukan dalam bentuk akuan bersumpah setebal 31 muka surat yang antara lain mendakwa salah laku Abdul Gani ketika mengendalikan kes itu. AgendaDaily-16/12/2013

0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .