Utusan Malaysia hari ini melaporkan, dalam kemalangan itu Datuk K
yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu kiri, cedera pada
tangan kanan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak
membimbangkan.
Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf
kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert yang
sepatutnya berlangsung pada malam Khamis itu.
“Salam… maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team”
konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak
terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.
Siti akan berlepas ke New Zealand bersama kakak iparnya, Datin
Zaiton Mohammad Jiwa pada Jumaat ini untuk melihat keadaan suaminya. –
Empayar Pemuda
ini mmg berita tak terduga...
ReplyDelete