Dosa Simpan Kuku Panjang Seperti Bela Khinzir
Menyimpan sebatang jari kuku yang
panjang sama dosanya seperti memelihara sekandang khinzir. Jika kesemua
jejari kita menyimpan kuku yang panjang..bayangkanlah dosa yang telah
kita tanggung untuk kesemua khinzir tersebut!Jadi..potonglah kuku anda
apabila ia panjang.
Jangan sesekali ada niat hendak
menyimpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari
kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas
apa jua alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia
juga bukan budaya kita apatah lagi kita menggunakan tangan untuk
beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku
panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka
berbuat onar kerana diberi makan bahan kotor yang berada pada kuku jari
ibunya semasa menyediakan makanan menjadikan apa jua ilmu yang diajar
tidak akan boleh masuk ke dalam kepala.
Untuk yang bujang
beringatlah..jika hendak mencari pasangan dan mahu anak yang pandai dan
mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sendtiasa berkuku
pendek. Insya-Allah..
Kuku panjang mempunyai sejenis
kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli. Kuman
tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.
Oleh itu sentiasakah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri
sendiri.
Memanjangkan kuku termasuk perbuatan yang bertentangan dengan ketentuan as-Sunnah, di mana Rasulullah SAW telah bersabda ;
اَلْفِطْرَةُ
خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ اَلْخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ
وَتَقْلِيْمُ اْلأَظَافِرِ وَنَتْفُ اْلإِبْطِ وَقَصُّ الشَّارِبِ
"Hal yang fitrah itu ada lima
atau lima hal merupakan fitrah ; iaitu khatan, mencukur bulu kemaluan,
memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur kumis.
{Hadith Riwayat Al-Bukhari, bab pakaian [5889] ; Muslim, bab bersuci [257]}
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .