Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada entri kali ini. Kali ini saya nak berkongsikan mengenai kelebihan bersolat tahajud. Alhamdulillah sebagai umat Islam, terlalu banyak senjata dan kelebihan kita yang dikurniakan oleh Allah. Oleh itu sama-samalah kita menggunakan kelebihan dan senjata yang telah dikurniakan itu. InsyaAllah banyak manfaat yang akan kita perolehi.
TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah
ibadah yang kita lakukan pada malam hari, kebiasaannya pada tengah malam
atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga
sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada
para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak
meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam
mengerjakan solat
tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam, begitu juga beberapa
hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia
mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi
pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray
Meddis, seorang profesor
di Jabatan Sains Kemanusiaan, England University of Technology yang
mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam
sahaja. Waktu tidur boleh dibahagikan kepada dua bahagian - tidur ayam
dan tidur lelap (deep sleep). Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap.
Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah
masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya
ialah ketika tidur lelap. Mengikut kajian saintis Barat, tidur yang
mencukupi ialah selama tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita
tidak terlatih atau
mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang
atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari mereka akan berlatih
hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian
mereka ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita merasa hendak tidur,
mula-mula sekali kita
akan merasa mengantuk ( drowsiness ). Pada waktu ini suhu badan kita
akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu
kita boleh melatih diri kita untuk tidur bila perlu.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan
mengurangkan tidur untuk
mencapai kerjaya yang cemerlang. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan
mereka, mereka menjawab " The woods are lovely, dark and deep but I
have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya "Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden
fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak
didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada
waktu sahabat-sahabat
mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan
waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali
kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang
kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah
manusia sedang nyenyak tidur?
Dari segi fikiran logik,
kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan.
Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita. Ini dapat
membantu kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Dari segi sains
perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di
atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit
matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita. Ini akan
menyegarkan badan dan melancarkan pergerakan darah. Kedua-dua oksigen
dan pergerakan otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh
badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari
terbit dan tidak datang lagi sehingga keesokan harinya. Hanya manusia
yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang
bangun tidur lewat tidak dapat merasai nikmat oksigen ini.
Oleh itu marilah kita
lakukan ibadat solat tahajud ini sebagai tambahan kepada amalan wajib.
Banyak kebaikan yang akan kita dapat melaluinya.
Tak percaya tak apa, buat sahaja, InsyaAllah hasilnya akan tiba.
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .