Penerbangan
Malindo Air yang menuju ke Kuala Terengganu selepas berlepas tujuh
minit dari Lapangan Terbang Subang terpaksa melakukan pendaratan cemas
kerana mengalami kebakaran enjin disayap kiri.
Melalui
media release yang telah disahkan oleh Malindo Air , pesawat yang
membawa 49 orang penumpang tersebut sedang menuju ke Kuala Terengganu.
Pilot
Y.Y Wong berjaya melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang
yang sama sejurus mendapati kebakaran yang berlaku pada pesawat yang
dipandunya.
Penerbangan
yang membawa skuad pasukan bola sepak Terengganu , Faiz Subri salah
seorang pemain yang juga penumpang penerbangan tersebut sempat mengambil
gambar kebakaran yang berlaku pada enjin sayap kiri pesawat tersebut.
Enjin sayap kiri
pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke
tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah, Subang.
Gambar sayap Malindo Air yang terbakar dimuat naikkan oleh pemain Terengganu, Faiz Subri di laman sosial miliknya.
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .