KINI sudah masuk hari ketiga operasi mencari dan
menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model
Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum
terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.
Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing,
China pada hari yang sama.
Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat seluruh dunia.
Yang menjadi persoalannya di sini kenapa tiada sebarang distress
call atau isyarat kecemasan yang dihantar kapten mahupun juruterbang
sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada waktu itu?
Sebaliknya, MH370 secara tiba-tiba tidak dapat dikesan oleh radar penerbangan selepas 40 minit berlepas.
Ketika itu, kapal berkenaan sudah pun mencapai terbang pada peringkat
‘steady altitude ‘. Perlepasan dan pendaratan adalah aspek paling
merbahaya dalam dunia penerbangan dan kemalangan jarang berlaku bila ia
mencapai tahap steady altitude melainkan ada serangan pengganas.
Turut menimbulkan persoalan ialah mengapa sudah masuk hari ketiga,
sebuah besi atau objek berkaitan kapal itu gagal ditemui walaupun
puluhan kapal laut dan ratusan anggota mencari dan menyelamat mengeledah
setiap inci laluan MH370.
Situasi pelik itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam
Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sendiri pada sidang media
pagi tadi memberitahu apa yang berlaku kini adalah misteri industri
penerbangan dunia.
Beliau sehingga terpaksa mengatakan bahawa ada kemungkinan pesawat itu telah dirampas pengganas.
Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu dibantu oleh
juruterbang Fariq Abdul Hamid menerbangkan 227 penumpang dan 12 anak
kapal.
Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan
berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat,
Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria, Kanada, Taiwan dan
Belanda.
Serentak dengan kehilangan pesawat itu, pasukan gerakan mencari dan
menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan
radar, iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Menurut kenyataan rasmi MAS, kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum
hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur
(latitud).
Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.
Dari 227 penumpang termasuk dua bayi itu terdiri daripada 14 kerakyatan
berbeza antaranya China, Malaysia, Indonesia, India, Amerika Syarikat,
Australia, Rusia, Perancis, Ukraine, Itali, Austria, Kanada, Taiwan dan
Belanda.
Serentak dengan kehilangan pesawat itu, pasukan gerakan mencari dan
menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terakhir pesawat itu dikesan
radar, iaitu di kepulauan Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Menurut kenyataan rasmi MAS, kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum
hilang dari radar ialah pada 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur
(latitud).
Sehingga ke hari ini tiada sebarang klue positif yang ditemui walaupun mengenai kehilangan ‘misteri’ ini.
Kemalangan tragik itu telah mengorbankan 228 nyawa termasuk 12 krew
kapal namun hanya 50 mayat sahaja yang berjaya dijejaki pihak
penyelamat.
Kes itu sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan termasuk membawa keluar bangkai pesawat AF447 itu.
Daripada hasil laporan penuh penyiasatan, nahas itu berlaku disebabkan
masalah teknikal dan kecuaian juruterbangnya sehingga mengorbankan
ratusan nyawa penumpang dari Rio De Janeiro ke Paris itu.
Namun, apabila bercakap mengenai pesawat MH370 sehingga ke hari ini kita
tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat
tersebut.
Tidak ada sebarang serpihan pesawat yang ditemui di sepanjang
kawasan terakhir pengangkutan udara itu dikesan oleh radar penerbangan.
Kalau mengikut logik, Boeing 777 itu hanya diisi dengan muatan minyak
selama tujuh jam perjalanan dan kini sudah hampir 72 jam masa berlalu.
Di manakah kapal terbang itu berada sekarang?
Persoalan itu bukan sahaja bermain di minda 30 juta rakyat Malaysia
sebaliknya turut sama dirasakan oleh penduduk seluruh dunia yang
mengikuti insident tersebut yang mendapat liputan meluas daripada media
antarabangsa.
Bercakap secara umumnya, kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan
radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan juga boleh berlaku
sekiranya pesawat terbabit meletup di udara sehingga menyebabkan
juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.
Menurut kata pakar lagi, perkara itu amatlah mustahil bagi juruterbang
mahupun krew penerbangan untuk menghantar isyarat kecemasan kerana
letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat
sahaja.
Apa-apa pun marilah kita terus berdoa agar pesawat MH370 ditemui.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika di laut timbulkanlah, jika di langit turunkanlah dan jika di darat tunjukkanlah.
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .