Ketua Pemuda Umno, Y.B Khairy Jamaluddin tidak dapat menyembunyikan
tekanan dengan langkah politik Parti Keadilan Rakyat hari ini.
Rakyat secara umum mengetahui Parti Keadilan Rakyat (Keadilan),
dengan dukungan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan
Demokratik(DAP) telah bersetuju bersama atas semangat Pakatan Rakyat
untuk meletakkan Ketua Umum Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai
calon Dewan Undangan Negeri N25 Kajang, yang kosong akibat
perletakkanjawatan Saudara Lee Chin Cheh.
Reaksi
pantas Khairy Jamaluddin sebagai selebriti media sosial telah dijangka,
dengan segera memperolok-olokkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas
keputusan tersebut yang secara jelas mendedahkan bahawa Umno Barisan
Nasional cuba mengalihkan perhatian rakyat yang berminat untuk
mengetahui senario politik di Selangor ini. Saya tidaklah memandang
berat komen kosong dari Khairy Jamaluddin tersebut, tetapi inilah bentuk
tekanan awal yang dizahirkan oleh pimpinan Umno Barisan Nasional.
Semenjak awal lagi, Umno Barisan Nasional telah cuba membina persepsi
negatif terhadap perkembangan tersebut melalui tweet-tweet dan sebaran
media sosial kerana menyedari impak atas penyertaan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim ke dalam kancah politik Selangor secara khususnya, yang hampir
pasti memberi pukulan lebih hebat kepada mereka pada masa ini sudah
tidak lagi relevan di Selangor.
Anwar Mahu Jadikan Selangor Sebagai Model Pentadbiran Di Putrajaya
Memang wujud tekanan dan persepsi berbeza dari semua golongan, dan
Keadilan berbesar hati untuk menerima perbezaan tersebut. Benar akan
berlaku sebuah Pilihanraya Kecil yang menurut sesetengah pihak, sebagai
membazirkan wang rakyat, namun, meneliti keperluan dan
permintaan untuk menyediakan perkhidmatan lebih efektif kepada rakyat
maka Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengambil langkah progresif dan
berani sebagai persediaan Selangor menjadi model pentadbiran di
Putrajaya kelak.
Tindakan
ini mungkin tidak popular, tetapi Keadilan meyakini ianya adalah
strategi terbaik dan penuh perancangan serta dedikasi supaya apa yang
diperjuangkan selama ini kembali ke landasan yang tepat dan ini adalah
harga yang perlu dibayar untuk sebuah perubahan. Dato’ Seri Anwar
Ibrahim dan Keadilan komited dengan janji untuk sebuah pentadbiran yang
lebih telus dan berani walaupun berdepan kritikan dan teguran.
Pentadbiran Pakatan Rakyat yang memasuki usia enam tahun di Selangor
serta Pulau Pinang bukanlah seperti anak-anak kecil yang merangkak. This
child is growing, dan bersedia menempuh fasa baru yang lebih matang dan
mencabar. Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini adalah pemimpin, yang bersedia
berkongsi pengalaman luasnya di dunia politik untuk manfaat bersama
rakyat Selangor. Kini, beliau berpeluang berperanan lebih jelas dalam
pentadbiran Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
Hubungan Pakatan Rakyat Erat Dan Tidak Mudah Goyah
Keadilan menelusuri lima belas tahun penubuhannya dengan isu dan
cubaan politik yang pelbagai. Malah dari tempoh waktu itu, enam tahun
parti ini membina setiakawan dan pakatan yang erat dengan PAS dan DAP.
Keadilan menerima baik perbezaan pendapat dan yakin bahawa hubungan ini
sangat erat dan tidak mudah goyah dek satu lagi cubaan politik baru.
Saya menyedari wujud usaha untuk menggeserkan hubungan erat dalam
Pakatan Rakyat, namun meyakini bahawa setiakawan yang terbina sejak
penggal yang lalu akan menjadi sandaran untuk Pakatan bersama menempuh
sekaligus meningkatkan kembali pemahaman dan keyakinan rakyat terhadap
matlamat kami.
Iltizam untuk memberikan reformasi pentadbiran kepada rakyat
Malaysia, nyata mengatasi segala-galanya. Keadilan bersama PAS dan DAP
tidak akan layu dek kerana label-label dan momokan kosong yang menjadi
acahan Umno Barisan Nasional bagi mengalih isu semasa. Serta Khairy,
dalam peranan sebagai Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia Sukan tidak
harus ghairah menjadi populis, sedangkan pentadbiran Kerajaan
Persekutuan UMNO Barisan Nasional lebih tenat dan melupakan kepentingan
dan kebajikan rakyat.
Khairy boleh memilih untuk menghiburkan pengikutnya di laman sosial dan menjadi selebriti politik, tetapi jangan sesekali cuba
menyembunyikan tekanan dan keresahan dengan penyertaan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim ke Dewan Undangan Negeri Selangor. Tekanan Khairy begitu
dirasai, dan saya yakin tekanan ini sedang membara dan sedikit masa lagi
Umno Barisan Nasional akan berhabis-habisan menyerang peribadi calon
Keadilan di N25 Kajang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Keadilan komited untuk terus melawan bagi menjadi pemangkin perjuangan rakyat. Lawan Tetap Lawan !
Salam Reformasi
# G Manivanan adalah Ahli Parlimen Kapar
Ketua Pemuda Umno, Y.B Khairy Jamaluddin tidak dapat menyembunyikan tekanan dengan langkah politik Parti Keadilan Rakyat hari ini. Rakyat ...
About author: Unknown
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .