Home Top Ad

}

Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim membidas kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

Mat Zain: Kenyataan Musa buktikan tiada bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar..










Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim membidas kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkaitan kes 'Liwat I' yang dikaitkan dengan ketua pembangkang.

Mat Zaid menyifatkan perkara itu sebagai perkara tambahan yang baru sahaja difikirkan (afterthought).

Beliau yang juga pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada 1998 menegaskan, Musa sepatutnya merujuk beberapa kenyataan berkaitan.

Ia antaranya kenyataannya dalam perbicaraan itu, kenyataannya kepada ketua pasukan penyiasat CID Kuala Lumpur, dakwaan Musa sendiri terhadap Anwar dan kenyataan yang diberikan Mohd Rodwan Yusof.

Menurutnya, sampel darah untuk ujian HIV itu diambil doktor pakar Hospital Kuala Lumpur pada 28 September 1998 sewaktu Anwar ditahan polis dan beliau sendiri memberi kebenaran untuk itu.

Menurut Mat Zain, sampel itu diambil dan diberi berdasarkan prosedur. Namun, sampel yang sama diambil tanpa kebenaran doktor pada 15 Oktober 1998 untuk ujian DNA.

"Doktor menegaskan sampel darah untuk ujian HIV itu tidak sesuai untuk ujian DNA kerana prosedur untuk sampel DNA perlu mematuhi beberapa protokol.

"Apabila Musa mengaku menggunakan darah itu untuk ujian DNA ke atas tilam, ia secara tak langsung bermakna beliau mengakui tidak mempunyai bukti kukuh sewaktu beliau memberi penerangan kepada perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika tidak, kenapa Musa perlu curi sampel darah itu dari HKL dan melakukan ujian DNA ke atas tilam jika siasatannya lengkap sewaktu bertemu Mahathir," kata Mat Zain.- malaysiakini



SPRM Pula Diminta Kenakan Anwar...

Wah cepat dan pantas sekali SPRM bertindak ke atas pendedahan bloger yang kini berada di tanah asing Raja Petra Kamarudin yang mendakwa kononya beliau memiliki fail rahsia timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan melakukan rasuah.

Raja Petra(kiri) seorang bloger yang mempunyai banyak bapak tiri (god father) kini berada di luar negeri kerana mengelakkan untuk didakwa di mahkamah atas beberapa kes. Kata Raja Petra fail tentang rasuah Azmin itu diberikan oleh bekas pegawai SPRM kepadanya.

Bloger satu ini, sebelum ini banyak telah mendakwa memiliki rahsia peribadi para pemimpin negara ini yang mana kebenaran rahsia dan maklumat dimilikinya jauh meleset dan ia hanya sebuah ilusi beliau yang kini kesepian di luar negara saja. Mungkin orang masih ingat bagaimana dia membuat surat sumpah kononnya ada memiliki beberapa dokumen mengenai siasatan ke atas Altantuya Sharribuu yang mati dibunuh kemudian jasadnya diletup.

Ekoran pendedahan itu, Raja Petra yang kononnya mengaku mendapat maklumat dari seorang pegawai tinggi tentera menyebabkan pegawai yang tentera berkenaan yang masih bertugas dikenakan tindakan tatatertib.

Selain itu beliau mendakwa memiliki segulung dokumen lagi yang diterima dari berbagai pihak mengenai berbagai skandal bertaraf dunia. Cara Raja Petera mengestbelishkan dirinya seolah-olah beliau adalah bank rahsia orang politik di Malaysia ini.

Berbalik kepada sikap cergas SPRM untuk membuka siasatan berhubung apa didakwa bloger yang berkepala goling ini (botak) ia agak anih dan menghairankan sedikit. Kenapa SPRM begitu cepat membuat siasatan sebaik saja perkara itu didedahkan. Dalam hal ini kenyataan tindakan segera SPRM yang membuat laporan polis terhadap pendedahan Raja Petra itu membolehkan badan itu menyiasat sesuatu menakjubkan. Apakah bukan keutamaan untuk SPRM memanggil Raja Petra terlebih dulu untuk mengesahkan maklumat yang didakwa itu?

Menurut laporan Panel Operasi SPRM akan bermesyuarat esok untuk membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin di dihentikan. Nampaknya isu kini bukan tertumpu kepada Azmin tetapi meluas kepada Anwar Ibrahim pula.

Menurut pengarah siasatan SPRM Mustafar Ali bahawa panel itu membincang dakwaan Raja Petra kerana menurutnya jiwa benar siasatan itu akan dilakukan. Alasannya siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu berlalu? Cara SPRM menguar-uarkan apa yang masih kabur kepada umum seakan satu permainan politik untuk menimbulkan keraguan umum kepada orang ramai.

Saya tertarik dengan penjelasan SPRM itu sesuatu kes jenayah (rasuah) tidak ada tarikh lupus. Ini bermakna kalau selepas ini kerajaan UBN tumbang kerajaan baru boleh mengarahkan polis, SPRM dan peguam negara membuka semula segala macam kes yang dilipat di bawah karpet sebelum ini.

Kenyatan Mustafar itu seakan siasatan berkaitan apa didedahkan oleh Raja Petra itu bukan lagi menjurus kepada Azmin tetapi kepada Anwar Ibrahim. Apakah SPRM akan menyiasat Anwar atas salah guna kuasa serperti mana pernah didakwa semasa Anwar jadi TPM itu yang meminta pegawai polis supaya melakukan gertakan ke atas seorang betina yang telah cuba mengaibkan dan memfinah Anwar apabila Anwar menolak luapan nalurinya?

Tidak mustahil itu akan diberlaku. Mungkin sudah ada pakatan di dalam hal ini dengan Raja Petra dijadikan alat atau pun sumber untuk membolehkan SPRM menyiasat Anwar atau membuka segala macam kasus membabitkan Anwar dan para pemimpin PKR lain. Kita kena faham kedudukan UBN kini yang makin mendesak dan sudah berjalan atas bara api.

Logiknya sekira dakwaan Raja Petra itu benar pihak yang seharusnya perlu disiasat ialah Raja Petra sendiri dan orang yang memberi fail itu kepadanya. Sang pemberi fail itu adalah orang pertama yang pecah amanah dan menyalahgunaan kuasa. Tanpa menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas kedua mereka adalah tidak adil dan wajar untuk SPRM menyiasat Anwar dan Azmin.

Nampaknya usaha untuk mengena dan memenjarakan Anwar tidak pernah berhenti dan akan dilakukan sehinggalah UBN dan Najib Razak merasakan parti itu akan menang dalam pilihan raya. Di sini saya ulangi sekali lagi apa yang pernah saya ramalkan; pilihan raya tidak akan diadakan selagi Anwar Ibrahim tidak ditolak masuk ke dalam penjara? Ramalan ini nampak makin menjadi realiti. - Mohd.Sayuti Omar, msomelayu.blogspot.

0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .