Home Top Ad

}

KUALA LUMPUR 20 DIS: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah syak wujud kompromi antara Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail dengan Ta...

Gani Patail kompromi dengan Shafee?


sivarasaKUALA LUMPUR 20 DIS: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah syak wujud kompromi antara Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas pendedahan perakuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Kata Sivarasa, sebelum ini Shafee begitu kritikal terhadap Gani seperti pendedahan dalam SD Mat Zain.
“Apakah wujud kompromi antara Gani Patail dengan Shafee Abdullah?
“Kerana sebelum ini Shafee menuduh Gani seolah-olah Peguam Negara itu seorang penjenayah.
gani_patail“Dalam masa sama Shafee terima lantikan Gani untuk menjadi timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes keputusan Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kenapa Shafee terima lantikan? Bukankah ini satu konflik kepentingan? kata Sivarasa kepadaKeadilandaily.
Dalam SD Mat Zain, Shafee menuduh Gani Patail sengaja tidak mengemukakan keterangan penting dalam kes pertikaian Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Shafee turut mengatakan bahawa Gani dilayan seperti Menteri oleh kerajaan Singapura dan menerima sejumlah besar wang melalui satu transaksi di Hong Kong.
Justeru, Sivarasa beranggapan tindakan Gani melantik Shafee sebagai DPP adalah untuk ‘mendiamkannya’ dari terus membuat pendedahan.
shafeeWalaupun kerap menjadi peguam bagi pihak Umno dan dikritik ramai atas kebimbangan dia akan ‘berpihak’, Shafee tetap dilantik sebagai DPP kerana kuasa lantikan di tangan Peguam Negara, iaitu Gani Patail.
“Apakah yang telah dilakukan oleh kedua mereka ini. Adakah sesuatu (perjanjian) telah ditandatangani?, soal Sivarasa.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Shafee mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwatnya dengan harapan untuk menjadi bakal Peguam Negara.
Manakala hari ini Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan Anwar untuk mengenepikan Shafee sebagai ketua pihak pendakwaan kerajaan yang merayu terhadap keputusan pembebasan Anwar dalam kes Firnah.

0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .