Home Top Ad

}

IPOH – Seorang peguam terkejut apabila Hakim Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun terhadap anak guamnya sek...

GAGAL BAYAR DENDA 88 DVD PENJARA 22 TAHUN









IPOH – Seorang peguam terkejut apabila Hakim Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun terhadap anak guamnya sekiranya gagal membayar denda RM176,000 semalam.

Peguam KC Lai terkejut dengan hukuman penjara itu walaupun hakim, Noor hayati Mat menjelaskan hukuman itu paling minimum diberikan berdasarkan setiap salinan langgaran dimiliki wanita yang diwakilinya.

Tertuduh, Chai Siew Wan, 44, didapati bersalah atas tuduhan memiliki 88 salinan langgaran dalam bentuk cakera video digital (DVD), dua tahun lalu.

Noor Hayati mengenakan denda RM2,000 bagi setiap salinan yang dimiliki dan penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Sejurus hukuman dijatuhkan, Siew Wan dilihat menangis di kandang tertuduh selepas tertekan dengan hukuman berat yang diberikan atas kesalahannya itu.

Dia didapati memiliki salinan langgaran DVD pelbagai tajuk pada jam 6.30 petang di sebuah gerai tanpa nombor di Pasar Awam Chenderong, Batu Gajah pada 3 Oktober 2011.

Wanita terbabit disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 41(1)(i) akta sama.

Ia memperuntukkan denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langgaran yang dimiliki atau penjara tidak lebih lima tahun.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mark Netto dalam hujahnya berkata, kesalahan melakukan cetak rompak akan menjejaskan industri hiburan negara, selain memberi kesan kepada penggiat seni.

0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .