Dropship adalah satu konsep perniagaan
yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan
internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan
menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari
pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu
Teknik Jana Wang Tanpa Modal.
Saya sendiri sudah menjalankan bisnes dropship ini hampir 2 tahun lamanya.. Memang seronok bisnes dropship ini kerana anda
tidak perlu susah2 nak bungkus barang pun.. semuanya dilakukan oleh
dropshipper anda.. Tugas anda adalah untuk ambik tempahan dari customer,
hantar tempahan kepada supplier dan dapat untung.. itu sahaja! Mudah
bukan..?? Urusan pos semuanya dilakukan oleh dropshipper anda..
Saya harap anda sudah mempunyai sedikit
sebanyak pengetahuan asas berkaitan dropship. Jadi saya akan bawakan
terus tentang strategi dan teknik melakukan jualan melalui dropship ini.
Jom kita lihat 4 tips
bagaimana melakukan jualan dari konsep dropship. Kebanyakan cara ini
dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di
internet.
1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai
yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan
pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda
kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana
ia akan berubah setiap masa.
2. Cari dropship yang membekalkan
barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai
perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran
bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran.
Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya
ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual
barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang
berkaitan dengan produk yang anda cari.
3. Tentukan berapa peratus keuntungan
yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang
nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh
pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia
memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit
sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.
4. Gunakan platform jualan untuk mula
menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk
membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti
Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu
sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.
Dapatkan lebih banyak tips tentang dropship di SINI.
Pasti berbaloi untuk anda…
Pssstt.. dapatkan sekarang sebelum harga naik lagi… saya sendiri pun dah dapatkan satu.. anda bila lagi??
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .