Setiap perniagaan di internet memerlukan
kemahiran dan penguasaan beberapa bidang teknikal dan perlukan corak
dan reka bentuk yang menarik tetapi tidak semua pemilik perniagaan di
internet memiliki kemahiran ini.
Jadi keperluan kepakaran reka bentuk
grafik, pemasangan laman web, dan lain-lain servis berkaitan adalah
penting. Maka wujudlah servis-servis ini di internet.
Apabila menyebut sahaja perkataan
servis, sudah tentu perlu melibatkan kos dan bayaran kepada penyedia
servis. Di internet, hanya perlu menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain untuk mencari servis yang diingini.
Sebagai contoh, servis buat website. Kata kunci servis sebagai permulaan perkhidmatan yang diingini adalah amat penting dalam mencari servis yang kita ingini.
Terdapat satu laman web berbahasa Inggeris yang mengumpulkan pelbagai servis dari serata dunia. Laman web tersebut ialah Fiverr.com. Hanya dengan USD 5 sahaja, anda boleh mendapatkan pelbagai servis yang anda ingini. Kaedah pembayaran pula adalah melalui PayPal.
Di samping itu, anda juga boleh meminta
servis yang anda ingini sekiranya tiada dalam carian anda di laman web.
Hanya tulis di bahagian Request Gigs dan nantikan jika ada individu yang
berkebolehan menyediakan servis yang diminta.
Servis murah ini bukan hanya terdapat pada laman web Fiverr.com sahaja, malah terdapat beberapa laman web tempatan yang menyedikan platform untuk servis-servis sebegini.
Iwill.com.my
Konsep yang hampir sama sahaja seperti Fiverr.com,
ianya membuka peluang untuk mendapatkan servis dari penyedia servis
murah tempatan di internet. Servis bermula dari RM3 hingga maksimum
RM300. Bahasa pengantar yang digunakan pula ialah Bahasa Inggeris.
Kaedah pembelian servis yang diterima adalah melalui PayPal.
Murahnya.my
Konsep yang boleh dikatakan hampir sama seperti Fiverr.com, Murahnya.my
menawarkan platform mendapatkan servis dengan harga serendah RM10
sehingga maksimum RM100. Bahasa pengantar yang digunakan pula ialah
Bahasa Melayu. Kaedah pembelian servis yang diterima adalah Kad Kredit,
PayPal atau mana-mana perbankan online seperti Maybank2u, Cimb Clicks
dan lain-lain yang ditawarkan melalui Webcash.com.my
Tips Memilih Servis Berkualiti
Terdapat pelbagai servis yang hampir
sama ditawarkan di internet tetapi anda perlu memilih servis yang
berkualiti sesuai dengan kos yang akan anda laburkan. Di sini, saya
ingin berkongsi beberapa tips penting dalam memilih servis yang betul dan berkualiti.
Baca Maklumat Lanjut
Setiap servis yang ditawarkan mungkin
menyedikan maklumat lanjut tentang servis yang ditawarkan. Terdapat juga
terma dan syarat yang dikehendaki oleh pihak penyedia servis dalam
melaksanakan servis mereka. Jadi seeloknya, baca maklumat lanjut
terlebih dahulu sebelum membeli servis yang ditawarkan.
Lihat Portfolio Penyedia Servis
Sangat perlu untuk melihat hasil kerja
yang pernah dilakukan oleh penyedia servis. Melalui itu, kita akan
mendapat gambaran tentang servis yang ditawarkannya. Di samping itu,
dapat juga kita melihat dan membandingkan kualiti servis yang disediakan
dengan penyedia-penyedia servis yang lain.
Lihat Komen Pelanggan
Komen pelanggan atau testimoni pelanggan
sangat penting dalam membuat keputusan membeli servis yang ditawarkan.
Ada kalanya, portfolio yang ditunjukkan sangat bagus, tetapi terdapat
komen atau testimoni pelanggan yang kurang bagus tentang servis yang
ditawarkan seperti mengambil masa yang sangat lama dan lain-lain lagi.
Semoga dengan tips dan artikel kali ini dapat memberikan anda panduan yang berguna dalam menjalankan perniagaan secara ‘online’. Selamat maju jaya.
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .