Mengatasi rambur gugur
1. Jangan terlalu kerap mewarnakan, melurus dan mengerinting rambut kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi rapuh dan mudah tercabut.
2. Ikat rambut di daerah yang berlainan dengan menggunakan pengikat rambut yang lembut dan elastis.
3. Jangan terlalu kerap blow dry sewaktu rambut kamu sedang basah kuyup. Sebaiknya tunggu sehingga rambut berada dalam keadaan lembap sebelum di’blow’. Kurangkan juga penggunaan alat pengering rambut dan rebounding.
4. Jangan dedahkan terlalu lama rambut kamu dengan pancaran matahari kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi kusam dan kering.
5. Guna sikat yang sesuai. Semakin panjang rambut kamu, maka semakin lebarlah diameter sikat yang perlu kamu gunakan.
6. Pakai vitamin jika rambut kamu berada dalam kategori kering dan kusam, mudah gugur dan kerinting.
7. Amalkan makanan tinggi protein seperti tauhu, tempe, kekacang dan yogurt untuk menjadikan rambut kamu sihat bersinar serta mengatasi masalah rambut mudah kusut.
8. Last sekali bersyampulah dengan berkala iaitu sebaik-baikya 2 hari sekali untuk mengelakkan minyak semulajadi yang dikeluarkan oleh kulit kepala daripada hilang.
Kalau tak berkesan juga, tak tahulah nak kata apa. Sah… rambut korang tu yang sebenarnya sengaja menggugurkan diri.
Tips Diambil Dripada > MamaMurai
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .