Cari makanan gantian
Gantikan
makanan kegemaran anda dengan juadah yang kurang lemak, gula atau
garam. Jika selama ini anda gemar susu penuh krim, mungkin anda boleh
gantikan dengan susu rendah lemak.
Minum banyak air
Banyakkan
minum air putih menggantikan air bergas atau jus kordial. Tahukah anda,
air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari?.
Banyakkan pergerakan
Banyakkan
bersenam - ini akan membakar kalori anda yang berlebihan. Anda bebas
berjogging, main futsal atau melakukan kegiatan fizikal mengikut
kemampuan anda. Anda juga boleh berbasikal ke tempat kerja, menggantikan
lif dengan menaiki tangga, berjalan ke restoran, membuat sit-up sambil
menonton TV atau meletakkan kenderaan jauh dari pejabat atau tempat
dituju.
Ada
pakar kesihatan menyarankan anda bersenam selama 30 hingga 45 minit
sebanyak tiga atau lima kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda
memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata lakukannya dalam
tempoh 10 minit saja? Jangan paksa diri sebaliknya belajar berdisiplin
dan jadikan ia suatu rutin.
Lakukan sedikit demi sedikit
Jangan
terlalu drastik! Lakukan sedikit demi sedikit ikut kemampuan anda.
Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan
gantikan dengan makanan berkhasiat.
Jangan terlebih makan
Pernah
anda mendengar sunnah Rasulullah SAW. yang mengunyah perlahan-lahan dan
berhenti makan sebelum kenyang atau petua pemakanan yang diamalkan
mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad? Jadi, makan sedikit
tetapi kerap.
Jangan tidak sentuh langsung makanan berlemak
Usah
begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan
yang betul. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang
berkhasiat.
Fokus pada sihat
Jangan
terlalu mengejar alat penunjuk pada mesin pemberat tertumpu kepada
angka idaman atau berat badan yang dihajatkan. Tetapkan pemikiran anda
dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrien dan khasiat yang
optima kepada badan anda.
Atasi tekanan emosi
Emosi
yang bercelaru boleh menyebabkan anda teruja untuk menjamu selera. Cari
kaedah lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada kenalan
rapat atau berjumpa kaunselor.
Motivasi
Sokongan
dan motivasi adalah sebahagian kunci utama dalam proses menurunkan
berat badan. Dapatkan sokongan insan tersayang dan nasihat pakar
dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul.