Home Top Ad

}

Jika dgn usaha pasti cepat tips ini berkesan pada anda kalau bukan dgn usaha Tips ini tak akan berkesan !! Ramai perokok yang cub...

Tips Cepat Berhenti Merokok




Jika dgn usaha pasti cepat tips ini berkesan pada anda kalau bukan dgn usaha Tips ini tak akan berkesan !!



Ramai perokok yang cuba untuk menghentikan tabiat buruk mereka, tetapi gagal kerana tidak kuat dengan godaan gejala nikotin. Jika anda mahu lebih mudah dan cepat untuk berhenti merokok, rajinlah makan pisang.

Nikotin merupakan dadah ketagihan yang boleh mencetuskan gejala putus ubat pada mereka yang baru cuba berhenti merokok menyebabkan orang sering gagal dalam berhenti merokok.

Terdapat banyak cara untuk melawan gejala nikotin, seperti tampalan nikotin, hipnosis dan beberapa ubat-ubatan preskripsi. Tetapi nampaknya tidak ramai yang tahu bahawa makanan juga boleh membantu, pisang adalah salah satu daripadanya.
Pisang adalah makanan ringan yang sihat, murah dan lazat yang dinikmati oleh orang ramai di seluruh dunia. Di samping untuk mengenyangkan kerana ia mengandungi karbohidrat, pisang juga mempunyai banyak manfaat kesihatan, salah satu yang membantu orang berhenti merokok.

Kandungan vitamin B dan mineral lain dapat membantu perokok yang ingin menghentikan kebiasaannya dengan cara mengurangkan tahap stres akibat gejala putus nikotin, seperti dipetik Asiaone.
Pada masa yang sama, nutrisi yang terkandung dalam pisang juga dapat membantu gejala putus nikotin secara fizikal dan psikologi.
Pisang mengandungi tryptophan yang dapat meningkatkan suasana hati (mood) positif dan membuat anda merasa lebih bahagia. Secara tidak langsung, kandungan pisang ini akan membantu anda melupakan rokok.

Susu juga dapat membantu anda berhenti merokok. Dukes University mendedahkan bahawa perokok yang minum segelas susu sebelum merokok tidak akan menyukai rasa rokoknya. Perokok akan mengeluh kerana rasa merokok tiba-tiba menjadi pahit.
Anda juga boleh merendam rokok ke dalam susu dan biarkan kering. Ini akan membuat rasa rokok menjadi tidak sedap di mulut.

0 comentários:

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .