Home Top Ad

}

Hujan lebat petang tadi gagal melemahkan semangat kira-kira 200 pekerja Maybank dan ahli kesatuan sekerja yang berhimpun di ibu p...

PEKERJA CIMB MOGOK BANTAH ADIK NAJIB???



Hujan lebat petang tadi gagal melemahkan semangat kira-kira 200 pekerja Maybank dan ahli kesatuan sekerja yang berhimpun di ibu pejabat Maybank Bangsar untuk menuntut pihak majikan membatalkan penubuhan kesatuan dalam.


Dengan berpakaian serba merah, ahli-ahli kesatuan itu mula berarak dari pejabat Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (Nube) di Brickfields pada jam 3 petang tetapi tidak lama kemudian mendapati diri mereka basah kuyup akibat hujan lebat.



Namun, cuaca gagal mematahkan semangat mereka dan pekerja itu terus berarak sejauh dua kilometer dan sampai ke ibu pejabat Maybank Bangsar kira-kira 30 minit kemudian.

Pekerja-pekerja kemudiannya melaungkan kata-kata 'Maybank kejam', sambil membawa sepanduk dan kain rentang berbunyi: 'Henti jadikan ahli NUBE mangsa', 'Maybank rompak pekerja Malaysia' dan 'Kami diberi gaji kecil'.

Mogok tiga jam, anjuran NUBE itu adalah sebagai membantah keputusan Maybank untuk memecat dua pekerja yang kebetulan adalah pegawai kesatuan bank berkenaan.

Maybank juga dilaporkan menggalakkan pembentukan sebuah kesatuan dalaman tahun lalu yang dianggap NUBE melanggar Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 





2 comments:

  1. Jap-2,kompius ni. CIMB ke Maybank ni?

    ReplyDelete
  2. ek ?? macam tue pun ada ek ?? aptb ! dunia skrg sume x puas hati

    ReplyDelete

Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .