Nori Anwar menunjukkan pelbagai bentuk fridge magnet yang dihasilkannya. |
Malah langkah tersebut telah menemukannya dengan kerjaya baru iaitu sebagai usahawan.
Tambahan pula memang sejak dari awal beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk bekerja sendiri dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Kini bersama tiga rakan kongsi, Nori sudah boleh berbangga apabila produk Mymagneticmenu iaitu magnet hiasan peti sejuk yang berkonsep resipi masakan telah berkembang jauh dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
Nori berkata, idea menghasilkan magnet hiasan berkonsepkan resipi masakan muncul ketika dia sedang tercari-cari satu produk yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai.
...