Musa Hassan akhirnya akan sertai PKR walau penafian telah belia buat kerana dia tahu bayak kepincang dalam pemerintahan negara pimpinan bersenjata pistol boleh diarahkan bertukar serta merta . Bagaimana kalau beribu-ribu Phang ada dalam Pentadbiran negara ketuanan melayu yang dilaungkan hanyalah tin kosong !!!
 |
Musa Hassan |
Bekas
ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel
penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang
pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai
berkenaan dilucutkan jawatan.
Musa berkata, pegawai polis
berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan
untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat
melibatkan Phang pada 2009.
Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu
sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak
Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.
Beliau
mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn
Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf
sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital