Interbase Resources Sdn Bhd atau Lelong.my, menyasar peningkatan urus
niaga jualan menerusi laman webnya tahun depan kepada RM500 juta
daripada purata tahunan antara RM200 juta hingga RM250 juta kini.
Pengarah
Urusannya Richard Tan, (gambar) berkata syarikat itu yakin dapat
mencapai sasaran itu menerusi kerjasama barunya dengan Telekom Malaysia
Bhd (TM).
Kerjasama itu membabitkan gabungan terbarunya, Web Store Lelong.my, yang ditampilkan dalam aplikasi MarketingTools TM.
Ia
disasarkan untuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di
kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam operasi perniagaan
mereka.
“Penggunaan e-dagang berkembang dengan pesat dalam
tempoh dua tahun lalu apabila kaji selidik oleh Paypal baru-baru ini
menyasar nilai e-dagang sebanyak RM1.9 bilion pada 2011 meningkat kepada
RM3.5 bilion pada 2015 bagi Malaysia.
Semua perniagaan
“Ia
bukan lagi satu pilihan, ia adalah suatu yang perlu ada bagi semua
perniagaan, sama ada kecil atau besar,” katanya kepada media selepas
majlis pemeterian dengan TM di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, kini,
Lelong.my mempunyai kira-kira 10,000 penjual aktif dan menyasar
meningkatkan bilangan ini sebanyak 5,000 penjual baru dalam tempoh 12
bulan akan datang.
Naib Presiden Eksekutif TM bagi PKS, Azizi A
Hadi, berkata Web Store Lelong.my adalah yang ketiga ditampilkan dalam
MarketingTools TM selepas Infoblast dan SME Priority Listing oleh
Internet Yellow Pages.
“MarketingTools, yang dilancarkan pada
Mei tahun ini, berjaya menarik lebih 2,000 pengguna PKS dan dengan
kerjasama baharu ini, kami menyasar mendapatkan 5,000 PKS baru dalam
aplikasi ini dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.
Web
Store Lelong.my menyediakan penyelesaian e-dagang standard antarabangsa
berkuasa yang membantu perniagaan meningkat ke paras seterusnya tanpa
sebarang perkakasan atau pengetahuan teknikal.
Sumber dripada : Utusan
Interbase Resources Sdn Bhd atau Lelong.my, menyasar peningkatan urus niaga jualan menerusi laman webnya tahun depan kepada RM500 juta d...
About author: Unknown
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .