ANWAR
sebagai pendukung liberalisme dan pluralisme di Malaysia, bukan perkara
baru. Semua orang tahu, malah disebutkan juga Perdana Menteri selaku
Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang baru sudah.
Hakikat ini seboleh-bolehnya cuba
dinafikan penyokong PAS, yang tidak boleh menerima calon Perdana Menteri
Malaysia itu mengakui setiap agama adalah sama seperti mana yang diberi
penekanan dibawah konsep pluralisme.
Macai PAS yang majoritinya rosak otak ini
masih percaya peliwat dan penzina ini adalah pejuang Islam yang
sebenar, walhal orang tua itu hanya pandai petik nama orang itu,
pertubuhan sama, itu saja.
Tapi bila Anwar bawa bekas Presiden
Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia untuk bercakap tentang ‘Membudayakan
Pluralisme’ di Universiti Selangor, maka semua orang yang dulu pekak
mata dan butakan telinga, sudah mula sedar. Ini pejuang Islam jenis apa
yang promosi fahaman yang terang-terang berlawanan dengan Islam?
Anwar gamaknya nak bawa Malaysia ini jadi
seperti mana di Indonesia sana, Islam boleh kahwin dengan Hindu tanpa
si Hindu perlu tukar agama kepada Islam. Anwar juga nak puak Kristian
diberikan hak secara rasmi untuk menggunakan nama Allah di gereja, sama
macam orang Islam.
Semua ini perkara yang dituntut kepada pemimpin yang menyokong fahaman pluralisme ini dan Anwar membuktikannya sekarang.
Apa kata pemimpin PAS agaknya bila Anwar
sudah sah menyama tarafkan Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.
Kita nak dengar juga PAS keluar kenyataan rasmi menyokong Anwar dalam
bab pluralisme ini.
Kita juga nak dengar kenapa Anwar bawa
Habibie mempromosikan fahaman pluralisme ini di Universiti Selangor?
Adakah Anwar cuba nak merosakkan pemikiran budak-budak ini dengan cuba
membudayakan pluralisme yang disebut Habibie dalam ceramahnya?
Ini yang penulis nak rakyat Malaysia
fikirkan masak-masak. Bahaya Anwar bukan dari janji bulan bintangnya
sahaja, tapi juga dari pengenalan konsep agama yang menyeleweng dari
pegangan kita semua sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.