ANAK MAHATHIR dapat RM836 JUTA drpd pengeluaran gas dlm perairan Kelantan.
Rakyat Kelantan tak dapat satu sen pun!!
Jika anda sayangkan Kelantan demi hasil bumi kita drpd dirompak
Keluarga Tun Mahathir, sila tumbangkan UMNO BN, dan kita akan siasat,
sekarang ini Polis dan SPRM tiada kuasa sebab mereka ini masih di jajah
UMNO BN
Bersihkan PETRONAS dari keluarga Mahathir!!
Keratan akhbar:- Maklumat daripada laporan akhbar The Star yang
bertarikh 2 November 2012, Jumaat melaporkan SapuraKencana Petroleum Bhd
mendapat projek RM836 Juta.
Pada Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan
kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana
Petroleum Bhd. Anak Mahathir – Datuk Mokhzani – adalah naib pengerusi
SapuraKencana.
Jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini semalam iaitu:
“Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan
Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
“Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila
berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat
selama ini.
“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.
“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana
menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”
SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham pada 1 November – satu mengenai anak syarikat milik penuhnya,
Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak
perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.
Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan
bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd
memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production
Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150
kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.
DESAKAN NGO R
1. R meragui macamana PETRONAS memberikan projek bernilai jutaan ringgit
kepada sebuah syarikat yang mana anak kepada Penasihat PETRONAS
terlibat sama?
Laporan dari kenyataan media PETRONAS bahawa Sapura Kencana telah
mendapat projek RM835.8 JUTA dari Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS
Exploration and Production Malaysia BV dimana Tun Mahathir adalah
Penasihat PETRONAS BHD sehingga sekarang adalah sangat diragui.
Projek ini membabitkan pengeluaran GAS dari Medan Bunga Kamelia, Blok
PM301, 150km dari Kota Bharu dalam perairan Kelantan melalui
syarikatnya, SapuraKencana Petroleum Bhd. Projek efektif projek ini
telah bermula pada Oktober 2012 dan berakhir April 2016.
Jika merujuk kepada jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal
Malaysiakini, sangat jelas Tun Mahathir mempengaruhi PETRONAS dalam
membuat keputusan bagi pemberian tander bernilai jutaan ringgit
tersebut.
NGO R memohon agar pihak SPRM menjalankan siasatan keatas PETRONAS diatas kenyataan Tun Mahathir tersebut.
2. Pengeluaran gas dalam perairan Kelantan akan bermula pada tahun 2013,
persoalannya adakah Kelantan berhak mendapat Bayaran Royalti/Tunai
RM100 JUTA sepertimana Perdana Menteri umumkan kepada Negeri Pahang pada
30 Oktober 2012 lalu?
Jumlah Pengeluaran GAS dari medan ini ialah 110 Juta Kaki Padu/hari,
sekiranya berasaskan pengiraan beradarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974
dan Perjanjian Kelantan-PETRONAS yang dimeterai pada 9 Mei 1975 yang
menyebut dengan JELAS iaitu;
“PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran
tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang
didapati dan diperolehi di Kelantan dan di jual oleh PETRONAS atau ejen
ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam
Fasal 2.”
Bermakna daripada pengeluaran 110 Juta kaki padu setiap hari, dalam
setahun Kerajaan Negeri Kelantan layak untuk menerima ROYALTI/ BAYARAN
TUNAI lebih RM100 JUTA dalam masa setahun bermula pada tahun 2013 nanti.
3. NGO R mendesak pihak Kerajaan Malaysia dan PETRONAS menghidupkan
kembali fungsi MAJLIS PENASIHAT PETROLEUM seperti yang termaktud dalam
Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974, sepertimana yang dinyatakan
dalam akta tersebut iaitu;
NATIONAL PETROLEUM ADVISORY COUNCIL
5. (1) There shall be established a Council to be known as the National
Petroleum Advisory Council consisting of such persons including those
from the relevant States as the Prime Minister may appoint.
(2) It shall be the duty of the National Petroleum Advisory Council to
advise the Prime Minister on national policy, interests and matters
pertaining to petroleum, petroleum industries, energy resources and
their utilization.
Dengan adanya Majlis Penasihat Petroleum tersebut, dapatlah ia mengawal
PETRONAS secara menyeluruh dan bukannya seperti apa yang berlaku
sekarang yang mana Penasihat PETRONAS iaitu Tun Mahathir mempunyai kuasa
penuh ke atas PETRONAS hinggakan pemberian projek-projek juga diberikan
kepada anak beranak.
ANAK MAHATHIR dapat RM836 JUTA drpd pengeluaran gas dlm perairan Kelantan. Rakyat Kelantan tak dapat satu sen pun!! Jika anda sayangk...
ANAK MAHATHIR DAPAT RM836 DRP PENGELUARAN GAS DLM PERAIRAN KELANTAN
About author: Unknown
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comentários:
Sila Komen Mengenai Entry Ini !! Thanks .